Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bot karam, 6 mayat ditemui, 30 masih hilang

karam

KUALA LANGAT: Empat lagi mayat mangsa bot karam di Perairan Sungai Hitam, Pulau Carey ditemui kira-kira pukul 3 petang ini.

Penemuan tersebut sekali gus menjadikan kesemua mangsa yang dijumpai setakat ini ialah enam orang. Mayat pertama dan kedua ditemui kira-kira pukul 10.50 pagi.

Kesemua mayat dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditemui itu terdiri daripada seorang wanita dan lima lelaki.

Difahamkan, sehingga pukul 4 petang ini, seramai 30 lagi mangsa bot karam masih belum ditemui.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, sebuah tongkang yang membawa 97 orang PATI karam di perairan Sungai Air Hitam di sini.

Seramai 61 PATI berjaya diselamatkan sementara yang lain dikhuatiri lemas.

Komen


Berita Berkaitan