Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot Dinaiki 10 Individu Karam Di Kota Belud

8:33pm 21/08/2016 Pak Roshan 144 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

14068321_1069618933123838_8447871270081197834_n

KOTA KINABALU : Sebuah bot yang dinaiki 10 individu karam di Kuala Sungai Rampayan, Kota Belud petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.45 petang tadi dan lapan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ketempat kejadian.

“Bomba sampai ke lokasi kejadian kira-kira pukul 4.10 petang dan enam orang mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran oleh orang awam, manakala empat lagi mangsa sedang dirawat di Jentera EMRS yang berada di lokasi,” kata kenyataan itu.

Bomba berkata keadaan mangsa belum dapat dikenal pasti.

Difahamkan bot berkenaan dalam perjalanan dari Kampung Rampayan Laut menuju  Pulau Mantanani.

Sementara itu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam satu kenyataan berkata 10 individu berkenaan terdiri daripada guru dan murid Sekolah Kebangsaan Mananani.
— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan