Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bot di perairan Semporna lakukan enam kesalahan

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna bersama pejabat daerah Semporna berjaya mengesan enam jenis kesalahan bot yang beroperasi di perairan daerah ini, dalam operasi bersepadu di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, dalam operasi selama dua jam bermula pukul 8 pagi, pihaknya telah memeriksa sebanyak 17 buat bot tempatan, melibatkan seramai 37 warga tempatan dan 13 rakyat asing yang berdaftar.

“Kesemua bot yang diperiksa itu beroperasi di perairan Pelabuhan Semporna dan kita memeriksa tapisan dan dokumentasi dan terdapat enam kesalahan yang dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua tangkapan diserahkan ke Balai Polis Semporna untuk tindakan lanjut dan jumlah kompaun yang dikeluarkan sebanyak RM600. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan