Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot cuai, seorang maut

7:12am 03/12/2015 Leolerry Lajius 966 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 27 tahun meninggal, dua cedera parah dan dua yang lain cedera ringan apabila bot yang dinaiki mangsa dilanggar oleh sebuah bot lain di Jeti Lok Baru Pulau Gaya kelmarin.

Mangsa Abd. Wahid Bin Juh disahkan meninggal dunia semasa tiba di Hospital Queen Elizabeth 1 kerana mengalami kecederaan yang parah dalam kejadian tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, bot yang membawa penumpang seramai 12 orang dari Kota Kinabalu itu dilanggar secara tiba-tiba ketika berhenti di jeti tersebut.

“Kejadian ini dipercayai berpunca dari kecuaian saspek dan usaha untuk mengesan dan menangkap saspek yang melarikan diri selepas kejadian tersebut sedang giat dijalankan,”katanya.

Kes diklasifikasikan di bawah 304 A Kanun Keseksaan (Menyebabkan kematian dengan cuai).-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

received_1013718802021731

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan