Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,755

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bot berlanggar, warga emas maut

7:48pm 02/06/2016 Leolerry Lajius 881 views Tempatan
Bot yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Bot yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas maut selepas bot yang dinaiki mangsa berlanggar dengan sebuah bot lain dalam kejadian yang berlaku di kawasan laut Kampung Kasuapan, kelmarin.

Mangsa Kamariah binti Aminulla, 61, maut kerana dipercayai lemas selepas  tercampak dari bot yang dinaiki mangsa dalam kejadian perlanggaran berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, pada 1 Jun yang lalu, satu laporan Polis dibuat oleh pengadu mengatakan bot bernombor JN 6143/2/R telah dilanggar oleh sebuah bot JN 4529/2/R di kawasan laut Kampung Kasuapan yang melibatkan dua buah bot berlanggar dari sisi kiri bahagian haluan bot.

“Sebuah bot JN 4529/2/R yang membawa 10 org penumpang dalam perjalanan menuju ke Kampung Kasuapan telah melanggar  sebuah bot JN 6143/2/R yang dalam perjalanan dari  Kampung Kasuapan menuju ke Kota Kinabalu.”

“Kejadian itu menyebankan kesemua penumpang termasuk juragan JN 4529/2/R telah tercampak ke laut dan diselamatkan oleh orang Kampung Kasuapan dan salah seorang penumpang iaitu mangsa, telah dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 280 Kanun Keseksaan dan di klasifikasikan kes mati mengejut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan