Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Borneo Safari jadi peneraju sukan permotoran pengembaraan lasak

Antara kenderaan yang menyertai ekspidisi Borneo Safari 2016.-PENERANGAN
Antara kenderaan yang menyertai ekspidisi Borneo Safari 2016.-PENERANGAN

Kota Kinabalu: Ekspedisi 26th Borneo Safari International Offroad Challenge 2016 (Borneo Safari 2016) mampu menjadi peneraju sukan permotoran pengembaraan lasak di negara ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Majun berkata, acara Borneo Safari 2016 pada tahun ini menerima penyertaan terbanyak sejak ia dianjurkan iaitu 987 peserta dan lebih 357 kenderaan.

“Dengan penyertaan 10 buah negara iaitu Brunei, Indonesia, Thailand, Japan, Potugal, China,Ireland, Rusia dan Papua New Guinea dan juga Malaysia di mana ia merupakan acara pengembaraan pemotoran lasak terbesar pernah dianjurkan di Asia Tenggara.

“Melalui penyertaan negara-negara luar ini, secara tidak langsung ia dapat mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan sukan pemotoran lasak,” ujarnya kepada media selepas melepaskan peserta-peserta acara berkenaan di perkarangan pejabat Lembaga Pelancongan Sabah pagi tadi.

Ekspedisi lapan hari, tujuh malam tersebut akan merentasi empat daerah sejauh 680 kilometer yang akan merentasi Tuaran, Ranau, Kota Marudu, Kota Belud dan sebelum kembali semula ke bandaraya Kota Kinabalu pada 6 November nanti.

Sementara itu, Pengarah Acara, Faez Nordin berkata acara tahunan ini merupakan anjuran Sabah Four Wheel Drive Association dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah.

“Antara objektif penganjuran acara ini adalah untuk menyediakan aktiviti kepada kepada peminat-peminat sukan pemotoran lasak bagi mengelak mereka melakukan penceroboh hutan simpan secara haram.

“Di samping itu, acara ini juga dapat mengumpul ahli-ahli kelab pemotoran di Malaysia dan luar negara agar perhubungan sedia ada lebih akrab,” ujarnya.

Tambah Faez, sebanyak 15 pasukan akan bertanding dalam acara Special Stage (SS) dengan 18 check-point keseluruhannya.

Selain menikmati pengembaraan laluan lasak, peserta konvoi juga
akan menjalankan tanggungjawab sosial dengan
menanam 100 pokok di Taman Kinabalu Sub-Stesen Serinsim, Kota Marudu dan juga memberi pemeriksaan kesihatan
percuma dengan membuka Kem Perubatan di kampung Tibabar, Ranau.
/PENERANGAN-

Masidi dan Pengurus Besar UMW Grantt International Sdn Bhd, Amri Hasim menunjukkan isyarat bagus ketika melepaskan peserta konvoi dari Kuala Lumpur Azman Shah di ibu pejabat Lembaga Pelancongan Sabah pagi tadi.-PENERANGAN
Masidi dan Pengurus Besar UMW Grantt International Sdn Bhd, Amri Hasim menunjukkan isyarat bagus ketika melepaskan peserta konvoi dari Kuala Lumpur Azman Shah di ibu pejabat Lembaga Pelancongan Sabah pagi tadi.-PENERANGAN

 

Komen


Berita Berkaitan