Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BORNEO RYTHMS OF RIMBA JANJIKAN PERSEMBAHAN HEBAT


Kain rentang yang mempamerkan orang utan sebagai ikon festival hidupan liar sempena Festival Hidupan Liar Borneo Rhythms of Rimba. Gambar SNT/Ehsan FAB

KOTA KINABALU: Festival Hidupan Liar Borneo Rhythms of Rimba (ROR) Edisi keempat yang bertemakan muzik, pengembaraan, kreativiti dan pemuliharaan menjanjikan satu persembahan hebat lagi menarik.

Buat julung kalinya juga ROR kali ini diadakan di luar daerah Sandakan yang telah menjadi hos tiga edisi sebelum ini.

Festival anjuran Future Alam Borneo (FAB) itu akan menampilkan oleh artis terkenal seperti Ning Baizura, DJ KYMN, Juwita Suwito dan artis tempatan berbakat besar, Cris Aban dan Rozella, yang akan mengadakan persembahan di Nexus Resort Karambunai.

Pengerusi FAB, Anton Ngui berkata, pemasangan bagang atau seumpama pentas di laut akan dibina sebagai platform untuk yoga dan pertunjukan fesyen, manakala bakat kreatif akan berkongsi bagaimana untuk menjadikan sampah sebagai bahan seni, kemahiran kaligrafi, ilustrasi, fotografi dan perhiasan.

“Para sukarelawan telah berusaha keras untuk menganjurkan festival itu dan berharap orang ramai akan menyokong acara tersebut yang akan diadakan hujung minggu ini.

Seorang artis sedang menyiapkan lukisan orang utan yang dipamerkan sempena Festival Hidupan Liar Borneo Rhymes of Rimba. Gambar SNT/Ehsan FAB

“Sebenarnya, ROR menawarkan percambahan ilmu pengetahuan, pembelajaran, interaksi dan hiburan dalam satu-satu masa. Ia sesuai untuk semua kumpulan umur dan kami berharap hujung minggu ini akan menarik orang ramai ke festival ini.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada organisasi dan individu yang telah memberikan sokongan mereka untuk perayaan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, edisi keempat festival itu yang bermula di Sandakan pada 2014, merupakan platform interaktif menyeronokkan yang menggabungkan pelbagai kumpulan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan