Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BORNEO DART FEST 2018 TARIK 490 PESERTA

Antara aksi peserta yang menyertai pertandingan Borneo Dart Festival 2018 di Promenade Kota Kinabalu. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Seramai 490 peserta dalam enam kategori bertanding dalam kejohanan tiga hari Borneo Dart Fest 2018 bermula kelmarin di sini, menurut pengerusi penganjur Alan Lind.

“Borneo Dart Fest 2018 ini bermula sejak Jumaat dengan dua kategori dipertandingkan iaitu Super League Playoff dan Carlsberg Trios Challenge.

Pengerusi penganjur Borneo Dart Festival 2018, Alan Lind. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

“Hari ini, hanya kategori Medley Doubles dan Medley Singles yang dipertandingkan.

“Manakala, hari terakhir yang akan dijalankan pada Ahad ini adalah Rookie Challenge serta Sea Tour,” katanya ketika ditemui di hotel Promenade hari ini.

Katanya, Borneo Dart Fest yang mula dianjurkan sejak tiga tahun lalu itu turut membawakan nama-nama besar dalam industri sukan berkenaan.

Sebahagian daripada hampir 500 peserta menyertai pertandingan Borneo Dart Festival 2018 selama tiga hari, di Promenade Kota Kinabalu. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

Jelasnya, antara penampilan khas adalah seperti Dartslive Official Player Paul Lim, Harith Lim dan Leslie Lee yang berasal dari Singapura serta Dartslive Support Player Tan Ai Ling, Edison Phung dan Ray Ling (Malaysia).

Selain itu, katanya, Dartslive Support Player Larry Wong yang berasal dari Sabah turut hadir sebagai penampilan khas dalam kejohanan berkenaan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan