Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bookie piala dunia kena cekup

bookie

KLANG: Seorang dalang perjudian bola sepak ditahan dalam serbuan di depan sebuah kafe ketika sedang menonton perlawanan Piala Dunia, tengah malam tadi.

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan bersama beberapa barangan seperti tablet, kertas taruhan, buku bank, pasport serta wang tunai sebanyak RM34.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam berkenaan kegiatan suspek sejak Piala Dunia 2014 bermula.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang selatan dekat sini untuk disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan