Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bookie bola sepak ditahan semula

9:39am 03/12/2015 Pak Roshan 1 views Global
DAN

DAN

Singapura: Seorang ahli perniagaan, Dan Tan ditahan semula seminggu selepas dibebaskan dari tahanan lebih dua tahun kerana disyaki mengendalikan sindiket mengatur perlawanan bola sepak dunia.

Polis Singapura berkata, Dan, 51, atau juga dikenali sebagai Tan Seet Eng ditahan lewat kelmarin kerana terbabit dalam aktiviti jenayah.

Tan dibebaskan dari tahanan seminggu lalu selepas mahkamah tertinggi negara itu memutuskan dia ditahan secara tidak sah.

“Kami mengesahkan Dan ditahan untuk siasatan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti jenayah.

“Siasatan terhadap lelaki itu masih berjalan,” kata polis dalam satu kenyataan semalam.

Seorang peguam Dan, Hamidul Haq berkata, dia tidak mengetahui dakwaan apa yang dikenakan terhadap lelaki itu yang membawa kepada penahanannya.

“Kami akan berusaha untuk menemui Dan sebelum memikirkan tindakan selanjutnya.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti polis akan membenarkan kami berjumpa dengannya atau tidak,” katanya.

Dan pernah dipenjara dan disiasat kerana terbabit dalam sindiket memanipulasi perlawanan di liga bola sepak Itali, Hungary dan Finland. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan