Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bonipasius mengangkat sumpah sebagai presiden KCCI

10:32am 12/06/2016 Leolerry Lajius 153 views Tempatan
Datuk Ellron (tengah) bersama Bonipasius (tiga dari kiri) serta ahli jawatankuasa yang lain mengambil gambar sempena majlis berkenaan.

Datuk Ellron (tengah) bersama Bonipasius (tiga dari kiri) serta ahli jawatankuasa yang lain mengambil gambar sempena majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Kerajaan akan berusaha untuk terus menyediakan suasana pelaburan dan persekitaran ekonomi yang kondusif kepada para peniaga seiring dengan kepesatan pembangunan negeri menerusi pelaksanaan pelbagai dasar dan inisiatif pembangunan untuk rakyat.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, kemakmuran ekonomi yang dinikmati sekarang antara lainnya adalah hasil daripada wujudnya kestabilan politik dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan adanya sokongan padu rakyat dan semangat perpaduan pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini,” katanya ketika berucap sempena majlis angkat sumpah ahli majlis tertinggi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kadazandusun (KCCI) yang teks ucapannya dibacakan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin, di sini, hari ini.

Musa turut menyarankan agar dewan perniagaan ini meningkatkan lagi jalinan kerjasama dengan dewan-dewan perniagaan yang lain di negeri ini agar dapat mengeratkan hubungan niaga dan meluaskan rangkaian perniagaan seterusnya mewujudkan situasi menang-menang dalam kalangan dewan-dewan perniagaan.

“Jalinan kerjasama dan kolaborasi antara dewan-dewan perniagaan juga amat penting supaya dewan-dewan perniagaan tempatan kita lebih kukuh dan berdaya saing menghadapi dunia perniagaan serantau dan global yang semakin kompetitif,”katanya.

Dewan perniagaan berkenaan yang telah ditubuhkan sejak 20 tahun yang lalu menyaksikan Bonipasius Bianis dilantik untuk memegang jawatan sebagai Presiden.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Bonipasius mengangkat sumpah sebagai presiden KCCI yang baru sambil diperhatikan oleh Datuk Ellron.

Bonipasius mengangkat sumpah sebagai presiden KCCI yang baru sambil diperhatikan oleh Datuk Ellron.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan