Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bomba Sabah tandatangani MOU bersama KKM

 

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr. Christina Rundi (kanan) bersama Pengarah JBPM Sabah Nordin Pauzi (kiri) ketika menandatangani MOU berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Negeri Sabah sebagai langkah meningkatkan keupayaan serta keupayaan perkhidmatan pra hospital dan ambulan.
Timbalan Ketua (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia YAS Dato’ Hj. Soiman Hj. Jahid berkata, MOU ini juga akan menjadi platform kepada jalinan kerjasama antara KKM untuk melatih pegawai bomba berhubung rawatan kepada mangsa ketika di lokasi kejadian.

“MOU ini juga adalah untuk memperkasakan eksesibiliti masyarakat terhadap perkhidmatan ambulan untuk kes-kes kecemasan serta memastikan perkhidmatan ambulan lebih berkualiti kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui media selepas menyaksikan penandatanganan MOU berkenaan serta merasmikan Majlis Tamat Latihan Kursus Sains Kebombaan Siri 2/2016, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan Jabatan Bomba juga sedang dalam usaha untuk memantapkan lagi mutu perkhidmatan kepada negeri-negeri di borneo meliputi Sabah, Sarawak dan Labuan.

Para pelatih membuat demo memadam kebakaran lori minyak. -Gambar Oleh Alex Mairin

“Jabatan telah menempatkan dua buah unit pesawat helikopter jenis Mi17, di mana kedua-dua helikopter ini ditempatkan di Pangkalan Udara Miri.”

“Pada hari ini seramai 13 orang Kuartermaster yang menjalani kursus selama 14 bulan telah ditauliahkan sebagai Pegawai Kuartermaster Unit Udara yang akan bertugas di Miri,”katanya.

Sempena majlis berkenaan seramai 83 orang Pegawai Bomba Gred KB19 telah ditauliahkan sebagai pegawai bomba yang terdiri daripada 76 lelaki dan tujuh wanita.Pegawai-pegawai bomba yang ditauliahkan akan ditempatkan untuk mengisi kekosongan di balai-balai bomba.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Kegembiraan para pelatih selepas menamatkan latihan dan ditauliahkan sebagai pegawai bomba. -Gambar Oleh Alex Mairin

 

Saimon melekatkan lencana kepada salah seorang pelatih. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan