Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bomba Sabah Muncul Juara PKK Ke-18

7:54pm 18/08/2016 Pak Roshan 573 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional

 

bomba2

Foto : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah

MARANG : Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah muncul juara Pertandingan Kawat Kecekapan (PKK) ke-18 yang diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Wakaf Tapai, di sini.

Tempat kedua pula dimenangi oleh kontinjen dari Kuala Lumpur manakala tempat ketiga diraih kontinjen Johor.

Ketua Pengarah Bomba Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim yang hadir pada program tersebut menyampaikan hadiah berupa piala pusingan, trofi dan sijil penyertaan kepada kontinjen yang memenangi acara berkenaan.

Seramai 780 pegawai dan anggota bomba dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak mengambil bahagian dalam pertandingan yang bermula pada 12 hingga 17 Ogos itu.

Selain kawad kaki, lapan acara lain turut dipertandingkan antaranya teknik penyelamatan di air, mencari dan menyelamat menggunakan alat navigasi serta menyelamat mangsa kemalangan jalan raya.

bomba

Foto : Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah

Wan Mohd Noor ketika ditemui pemberita berkata PKK yang diadakan sejak 18 tahun lalu itu adalah medan ujian bagi mengukur tahap kecekapan pegawai dan anggota bomba ketika mengendalikan tugas mereka.

Katanya menerusi pertandingan seperti itu juga ia mampu mengesan kelebihan dan kekurangan setiap anggota sepanjang berhadapan dengan insiden kecemasan selain memantapkan kecergasan fizikal.

“Pertandingan ini adalah acara tahunan, selain untuk mencari pasukan terbaik ia juga bagi menguji sejauh mana kecekapan dan ketangkasan mereka dalam melaksanakan rutin menyelamat.

“Ini adalah platform terbaik untuk kami menaik taraf mutu perkhidmatan dengan melahirkan pasukan yang cekap dan terbaik sepanjang menangani kes kecemasan menerusi acara-acara yang dipertandingan itu,” katanya.

Wan Mohd berkata menerusi pertandingan itu juga pihaknya akan menyemak Prosedur Operasi Standard yang digunakan dengan melakukan penambahbaikan untuk dipraktikkan dalam tugas menyelamat.

Ia antara usaha pihak bomba yang sentiasa komited untuk menaik taraf dan meningkatkan mutu perkhidmatan mereka dalam memberikan yang terbaik kepada masyarakat.

Selain itu katanya bomba juga sentiasa menghantar para pegawai dan anggotanya menyertai pertandingan dan kejohanan di peringkat antarabangsa bagi menambah pengalaman, berkongsi idea dan maklumat bersama anggota bomba di negara luar.

“Hampir setiap tahun kita akan menghantar para pegawai dan anggota untuk menyertai pertandingan di peringkat antabangsa ini…kita telah menyertai pertandingan di Singapura serta Jepun.

“Kemahiran yang mereka peroleh bersama bomba antarabangsa itu boleh dinilai untuk diguna pakai di negara kita,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan