Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bomba pantau pihak yang lakukan pembakaran terbuka

9:05pm 10/03/2016 Leolerry Lajius 25 views Tempatan
Perbarisan PTD yang mengikuti PERBAKA.

Perbarisan PTD yang berjaya menamatkan PERBAKA.

KOTA KINABALU: Pihak yang melakukan pembakaran terbuka atau tanpa kebenaran akan sentiasa di pantau bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah YS PKPjB Hj. Nordin Bin Pauzi, pihaknya akan menjalinkan kerjasama dengan beberapa agensi yang lain bagi memantau pihak yang melakukan pembakaran terbuka terutama sekali dalam keadaan cuaca yang panas sekarang.

“Tanggungjawab untuk memantau pihak yang melakukan pembakaran terbuka bukan sahaja terletak di bahu pihak bomba tetapi ia adalah tanggungjawab bersama semua pihak kerana perbuatan itu berisiko mencetuskan kebakaran di kawasan hutan atau belukar.”

“Bagi pihak bomba kami sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan ketika ini Jabatan Bomba di negeri ini mempunyai 8 buah ‘Water Tanker’ bagi menghadapi sebarang kemungkinan,”katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian penutupan Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) bagi Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang mengikuti Modul Pengurusan Bencana dan Ketenteraman Awam (PERBAKA) di padang kawad Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, di sini, pagi tadi.

Mengulas mengenai DPA tersebut beliau berkata bahawa, PERBAKA bertindak sebagai satu platform untuk memberi pendedahan kepada PTD muda mengenai pengurusan bencana dan ketenteraman awam.

“Gerak kerja pegawai bomba secara operasi atau lapangan telah didemonstrasikan bagi memastikan bakal PTD muda bukan sahaja mampu memahami dari aspek pengurusan malah turut sama merasai budaya kerja pegawai bomba yang sebenar, “katanya.

Seramai 70 orang PTD yang telah berjaya menamatkan modul tersebut yang diadakan selama dua minggu di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah. –Oleh Leolerry Lajius /Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan