Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bomba elak kebakaran restoran merebak

ANGGOTA bomba berusaha memadam serta mengawal kebakaran pada sebuah Restorant Sinsuran Sang Nyuk Mee, di Lintas Plaza, Kota Kinabalu. – Foto ihsan bomba

 

KOTA KINABALU: Tindakan pantas anggota bomba mengawal api menyelamatkan deretan premis berdekatan daripada hangus susulan kebakaran di Lintas Plaza, Luyang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.25 pagi itu, kebakaran hanya membabitkan sebuah restoran yang terbakar 90 peratus dan tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.30 pagi dan menghantar 18 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu.

Katanya, turut membantu operasi ialah lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas bersama dua jentera.

“Operasi terkawal 24 minit kemudian dan kebakaran hanya membabitkan sebuah restoran yang musnah 90 peratus,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap itu berkata, operasi memadam tamat sepenuhnya pada jam 6.27 pagi dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. –¬†Oleh Junaidi Ladjana/BH Online

KEADAAN selepas kebakaran yang memusnahkan sebuah Restorant Sinsuran Sang Nyuk Mee, di Lintas Plaza, Kota Kinabalu. – Foto ihsan bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadam serta mengawal kebakaran pada sebuah Restorant Sinsuran Sang Nyuk Mee, di Lintas Plaza, Kota Kinabalu. – Foto ihsan bomba

Komen


Berita Berkaitan