Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BOMBA BERJAYA KAWAL KEBAKARAN MEREBAK KE STESEN MINYAK

pic-14

PENAMPANG: Kebakaran tiga buah kilang perabot di Donggongon berjaya dikawal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daripada merebak ke sebuah stesen minyak berhampiran.

Tindakan pantas seorang pekerja stesen minyak berkenaan yang menghubungi pihak Bomba juga berjaya mengawal kebakaran daripada merebak.

Ketua Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah Mohamad Affendy K Ramin berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 8.57 malam.

Usaha memadamkan api daripada merebak ke stesen minyak yang terletak hanya lebih kurang lima meter daripada premis dilakukan sebelum pihak bomba memadam api di tiga kilang tersebut.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.11 malam dan tiada laporan kasualti dibuat, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Anak kepada pemilik kilang Grace Enterprise Furniture, yang dikenali sebagai Ah May memberitahu bahawa kebakaran disedari berlaku pada jam 9.30 malam. Katanya kebakaran tersebut menyebabkan keluarganya kerugian hampir RM100,000.

Komen


Berita Berkaitan