Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bomba bantu pindah pesakit obes 280kg

obesiti

Georgetown: Sepasukan lapan anggota bomba dipanggil bagi memberikan perkhidmatan bantuan

khas memindahkan seorang lelaki mempunyai masalah obesiti dengan berat 280 kilogram.

Difahamkan, lelaki berkenaan dipindahkan dari Wad Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, untuk

dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Baru Farlim, Air Itam, jam 3.50 petang semalam.

Berat badan lelaki itu menyukarkan usaha kakitangan HPP memindahkannya sebelum pihak

pengurusan memutuskan untuk meminta bantuan bomba.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Mohd Daud Mad Disa berkata, sejurus

menerima panggilan sebuah jentera bersama lapan anggota menuju ke HPP untuk membantu

usaha memindahkan lelaki berkenaan.

Beliau berkata, lelaki berkenaan M Balagi, 47, diangkat menggunakan pengusung berikutan tidak

mampu berdiri dan sukar dipapah.

“Kami mengambil masa satu jam bagi melakukan persiapan mengusung lelaki itu sebelum dia

dibawa turun dari tingkat satu bangunan wad berkenaan dan dipindahkan ke dalam van sebelum

dihantar ke rumahnya,” katanya.

“Dengan bantuan semua anggota, kakitangan HPP dan lelaki itu sendiri, tugasan itu dilakukan

dengan lancar tanpa masalah,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, anggota bomba melakukan tugasan itu dengan berhati-hati bagi

mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Difahamkan, bomba turut membantu memindahkan lelaki berkenaan untuk dibawa naik ke

rumahnya di tingkat sembilan sebuah flat di Bandar Baru Farlim.

Kisah mengenai lelaki berkenaan yang mempunyai masalah obesiti mendapat perhatian umum

selepas dia terjatuh ketika berjalan ke tandas di rumahnya pada 26 Oktober tiga tahun lalu.

Komen


Berita Berkaitan