Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bomba bantu keluarkan kanak-kanak terperangkap dalam mesin basuh

Kanak-kanak itu sedang dikeluarkan oleh ahli bomba. Gambar SNT/Ehsan FB Radar Bahaya

SANDAKAN, 27 Ogos (Bernama) — Seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang terperangkap dalam mesin basuh terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat di rumah Program Perumahan Rakyat Sungai Manila dekat sini, hari ini.

Kaki kanak-kanak itu tidak dapat dikeluarkan dari bahagian pengering ketika bermain di dalam mesin basuh manual itu.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan Anddre Andrew berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.43 pagi dan mengerahkan sembilan pegawai dan anggota bomba ke lokasi kejadian.

Anggota bomba sedang mengeluarkan kanak-kanak lelaki itu daripada mesin basuh. Gambar SNT/Ehsan FB Radar Bahaya

Katanya kanak-kanak itu Mohd Azam Razlan berjaya diselamatkan pada kira-kira 11 pagi dan hanya mengalami lebam di kakinya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan