Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bom perahu asing untuk tunjuk kuat

tentera indonesia

Jakarta: Ketua Parti Demokrat di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) semalam menyelar tindakan kerajaan Indonesia memusnahkan kapal nelayan asing yang ditangkap kerana didakwa mencuri ikan di negara itu.

Agus Hermanto menyifatkan tindakan kerajaan pimpinan Presiden Joko Widodo (Jokowi) sebagai satu pembaziran.

“Kapal nelayan yang ditangkap itu bukan besar sangat. Ia layak dipanggil perahu. Kerajaan pula membeli sistem senjata yang mahal dan hanya digunakan untuk mengebom perahu,” katanya di luar DPR di Jakarta, semalam.

Agus membandingkan langkah kerajaan bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang dikatakan lebih masuk akal.

“Sebelum ini, perahu nelayan yang ditangkap dilelong dengan harga murah kepada nelayan tempatan. Hasil tangkapan mereka yang dirampas juga dilelong. Kerajaan tidak mengebom perahu berkenaan kerana berasakan lebih baik digunakan untuk kebaikan nelayan kita.

“Tidak perlu membazir senjata tentera kita yang dibeli dengan wang rakyat,” kata Agus.

Dia juga berkata, kini rakyat Indonesia sudah dapat membandingkan kerajaan mana lebih baik.

“Tindakan kerajaan Jokowi hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada negara lain agar mereka berkata: ‘Wah Indonesia sekarang sudah berani mengebom kapal!’” katanya.

Dia juga mempersoalkan sama ada tindakan mengebom perahu asing sudah membuat nelayan asing berasa takut.

“Tidakkah dengan mengebom perahu itu merosakkan kehidupan laut? Tindakan untuk menunjuk-nunjuk keberanian ini tidak betul dan tidak bagus,” katanya. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan