Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bom Peninggalan Perang Dunia Kedua Ditemui Di Tawau

bomtawau

TAWAU: Sebutir bom lama dipercayai peninggalan ketika Perang Dunia Kedua ditemui di kawasan tapak pembinaan Hospital Pakar Hill Top, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata bom lama berbentuk kepala peluru seberat 30 kilogram sepanjang 33 cm dan berukur lilit 53.3 cm itu ditemui seorang pekerja binaan ketika sedang melakukan kerja mengorek tanah di tapak binaan itu.

“Mengikut laporan yang diterima, pekerja binaan tersebut menjumpai satu besi berbentuk kepala peluru kira-kira 1.45 petang Isnin dan kemudian menunjukkan kepada pengurus tapak projek dan menghubungi pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Bom lama berkenaan kemudian dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom kira-kira 4.38 petang Isnin tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, katanya.

Komen


Berita Berkaitan