Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bom Ops Daulat Ditemui Di Ladang Sahabat Lahad Datu

Bom yang dipercaya jenis mortar ditemui oleh pekerja ladang.

 

LAHAD DATU – Sebutir bom dipercayai jenis mortar, peninggalan pertempuran Ops Daulat 2013, ditemui seorang pekerja ladang di Ladang Sahabat 17, Tungku dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata bom yang ditemui pada pukul 7 pagi itu bagaimana pun dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Tawau pada pukul 3 petang tadi.

“Hasil siasatan mendapati bom ditemui seorang lelaki bernama Danial itu merupakan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang digugurkan sewaktu operasi menentang penceroboh di Kampung Tanduo pada tahun 2013 dan tidak meletup,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hamzah berkata pemeriksaan turut dijalankan di sekitar kawasan penemuan bom tersebut bagi tujuan keselamatan.

— BERNAMA

Bom yang dipercaya jenis mortar ditemui oleh pekerja ladang.

Komen


Berita Berkaitan