Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bom kereta meletup di Berlin

8:41am 16/03/2016 Pak Roshan 3 views Global
POLIS memeriksa tempat kejadian dan kereta yang meletup di Bismarckstrasse, Berlin, semalam.

POLIS memeriksa tempat kejadian dan kereta yang meletup di Bismarckstrasse, Berlin, semalam.

Berlin: Sebuah kereta meletup di Berlin dipercayai akibat bom, namun polis Jerman tidak mengaitkan kejadian itu dengan keganasan.

Mangsa, lelaki berusia 43 yang juga pemandu kenderaan berkenaan dilaporkan sebelum ini disiasat berkait dengan kes dadah.

Pendakwa di ibu negara Jerman itu mengesyaki bahan letupan diletakkan pada kereta itu untuk membunuh pemandunya.

Jurucakap polis Berlin berkata: “Tiada bukti menunjukkan ia serangan pengganas.”

Tidak jelas sama ada pemandu berbangsa Turki itu memang sasaran pembunuh kerana dia bukan pemilik kereta terbabit, kata pendakwa.

Bagaimanapun, polis sebelum ini menyiasatnya kerana mengedar dadah, pemalsuan dan judi.

Polis mengesyaki kejadian itu mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang, kata pendakwa. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan