Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,431

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bom disangka harta karun

7:20am 20/04/2017 Pak Roshan 1644 views Global

Daye: Satu keluarga di wilayah Hubei menyangka mereka menemui harta karun ketika melakukan kerja pengubahsuaian di bawah rumah mereka.

Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset apabila yang ditemui itu sebenarnya bom peninggalan Perang Dunia Kedua.

Bandar Daye di timur wilayah berkenaan pernah menjadi pusat budaya zaman gangsa di China. Pakar arkeologi sebelum ini menemui ratusan terowong lombong tembaga di bawah bandar itu di samping sejumlah besar peralatan tembaga zaman lampau yang bernilai tinggi.

Penduduk yang menemui artifak purba perlu menyerahkannya kepada kerajaan tempatan.

Tetapi dalam kes terbaru itu, keluarga terbabit enggan berbuat demikian, menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengerahkan polis bagi mengambilnya secara paksa.

Selepas pemeriksaan dilakukan, polis berkata, keluarga itu bernasib baik kerana masih selamat selepas mereka mengesahkan barangan yang ditemui sebenarnya bom peninggalan Perang Dunia Kedua.

Ia dipercayai ditanam oleh satu kontinjen tentera Jepun pada awal 1940 ketika mereka menduduki bandar itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda