Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Boleh cas telefon di Masjidil Haram

9:31am 13/05/2016 Pak Roshan 5 views Global
TIANG di Masjidilharam yang dilengkapkan dengan kemudahan untuk mengecas telefon bimbit jemaah.

TIANG di Masjidilharam yang dilengkapkan dengan kemudahan untuk mengecas telefon bimbit jemaah.

Makkah: Jemaah di Masjidilharam di sini kini boleh mengecas telefon di masjid berkenaan.

Perkhidmatan itu dilancarkan majlis pengurusan hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, semalam.

Naib Presiden majlis, Mashhour Al-Munimi berkata, tempat mengecas itu disediakan di beberapa tiang dan setiap tiang itu ditempatkan lapan soket.

Perkhidmatan terbaru yang disediakan untuk kemudahan jemaah itu juga menyediakan saku bagi meletakkan telefon ketika ia dicas.

“Ia bertujuan untuk memudahkan jemaah. Bagaimanapun kami tidak akan bertanggungjawab jika telefon itu hilang atau rosak,” kata Mashhour.

Menurutnya, setiap jemaah dibenarkan mengecas selama lima minit jika masjid itu sesak. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan