Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Bola rambut dalam perut

9:33am 09/10/2016 Pak Roshan 1618 views Global
BEBOLA rambut yang ditemui di dalam perut wanita berkenaan.

BEBOLA rambut yang ditemui di dalam perut wanita berkenaan.

London: Selepas pemeriksaan gagal untuk memastikan punca perut seorang wanita membesar, hilang selera makan dan sering muntah, doktor mengambil keputusan menjalankan pembedahan.

Dan mereka terkejut apabila menemui puncanya – segumpal bebola rambut sebesar buah tembikai di dalam perutnya.

Wanita berusia 38 tahun itu disahkan menghidap sindrom Rapunzel – keadaan yang amat jarang berlaku.

Ia dikaitkan dengan trichotillomania – membabitkan pesakit yang tidak dapat mengawal tabiat mencabut rambut, dan trichophagia, nafsu untuk memakannya.

Tabiatnya itu menyebabkan rambut itu terkumpul di dalam perutnya dan sebahagian lagi di dalam usus.

Kes itu didedahkan di dalam edisi terbaru Jurnal Perubatan Britain (BMJ).

Ia bagaimanapun tidak menyebut identiti pesakit atau tempat kejadian. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan