Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Bola’ dalam mulut

WEGRZYN bercita-cita menjadi cef. - MailOnline
WEGRZYN bercita-cita menjadi cef. – MailOnline

Warsaw: Seorang remaja terpaksa hidup dengan ‘bola tenis’ di dalam mulutnya apabila lidahnya membengkak disebabkan ketumbuhan sejak dilahirkan.

Krzysztof Wegrzyn, 18, dari Grojec, Poland, dilahirkan dengan keadaan dikenali sebagai haemangioma apabila mempunyai ketumbuhan yang tidak berbahaya di dalam pembuluh darah lidahnya.

Wegrzyn cuba menjalani beberapa pembedahan ketika kecil untuk membuang ketumbuhan itu, tetapi terpaksa membatalkannya setiap kali kerana dibimbangi mengancam nyawanya disebabkan mungkin kehilangan terlalu banyak darah.

Kini Wegrzyn mengalami masalah bercakap disebabkan saiz lidahnya, namun tidak putus harapan dapat melakukan pembedahan untuk membetulkan lidahnya.

“Keluarga saya sedang mengumpulkan wang untuk membolehkan saya menjalani pembedahan di Jerman. Ini penting kerana saya semakin bimbang mati tercekik setiap malam ketika tidur.

“Saya terbaca mengenai seorang remaja di Norway yang menjalani pembedahan seperti itu dan hasilnya nampak memuaskan.

“Itulah impian saya dan berharap tidak dikecewakan,” katanya.

Sementara itu, pakar perubatan di Zentrum Klinik fur Vasculare Maltformationen in Eberswalde, Brandenburg, Jerman berkata, mereka boleh membantu remaja itu.

Bagaimanapun, kos perubatan dijangka menelan belanja £47,550 (RM243,500).

Sementara itu, Wegrzyn berkata, dia bercita-cita menamatkan pembelajarannya, mendapat lesen memandu dan menjadi cef selepas menjalani pembedahan berkenaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan