Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Boikot tomato, sayur

11:08am 27/11/2015 Pak Roshan 4 views Global
SEORANG wanita menangis ketika menghadiri protes di depan Kedutaan Turki di Sofia, Bulgaria.

SEORANG wanita menangis ketika menghadiri protes di depan Kedutaan Turki di Sofia, Bulgaria.

Moscow: Rakyat Russia digesa memboikot bahan makanan keluaran Turki termasuk tomato sebagai protes terhadap penembakan pesawatnya kerana didakwa menyumbang wang ke arah pembelian peluru berpandu negara itu.

Penasihat kesihatan kanan di Kremlin, Gennadiy Onischenko, turut menggesa rakyat Russia mencari destinasi lain untuk bercuti kerana setiap sen dibelanjakan untuk makanan diimport dari Turki akan digunakan untuk membiayai senjata digunakan tenteranya.

“Setiap tomato Turki dibeli di pasar atau pasar raya menyumbang untuk pembelian satu lagi peluru pandu yang akan digunakan untuk menembak askar kita. Tidakkah kamu semua faham, sebenarnya kamu yang membayar untuk peluru berpandu mereka?” katanya.

Tentera Turki menembak jatuh pesawat Su-24 Russia itu berhampiran sempadan Syria selepas didakwa menceroboh ruang udaranya.

Kedua-dua juruterbang sempat keluar menggunakan kerusi lenting, dan seorang daripadanya, Kapten Konstantin Murakhtin berjaya diselamatkan tentera Russia. Malangnya, Leftenan Kolonel Oleg Peshkov terbunuh ketika menggunakan payung terjun untuk mendarat.

Sementara itu, Russia turut mengesahkan akan mengenakan kawalan ketat terhadap makanan diimport dari Turki atas alasan terlalu kerap melanggar tahap piawaian keselamatan.

Menteri Pertanian Alexander Tkachev berkata, 15 peratus hasil pertanian Turki tidak mencapai standard ditetapkan Russia kerana mengandungi racun serangga dan nitrit.

“Mengambil kira pengeluar dari Turki kerap melanggar syarat ditetapkan kerajaan Russia, kami sudah meminta agensi keselamatan makanan, Rosselkhoznadzor supaya mempertingkat kawalan terhadap hasil tani dan makanan dari Turki.

“Ini termasuk pemeriksaan lebih meneliti di sempadan dan lokasi pengeluaran makanan di Turki,” katanya.

Katanya, 20 peratus sayur diimport ke Russia adalah dari Turki, namun Moscow akan membeli produk berkenaan dari negara lain seperti Iran, Maghribi dan Uzbekistan.

Sementara itu, Murakhtin berazam akan kembali menyertai operasi di Syria untuk membalas dendam bagi pihak rakannya.

Dia juga menegaskan mereka tidak diberi sebarang amaran sudah memasuki ruang udara Turki.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan