Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Bogel dalam serombong

ANGGOTA bomba terpaksa memecahkan pendiangan untuk menyelamatkan wanita berkenaan.
ANGGOTA bomba terpaksa memecahkan pendiangan untuk menyelamatkan wanita berkenaan.

Woodcrest (California): Seorang wanita terpaksa diselamatkan selepas tersekat dalam serombong ketika cuba memasuki rumah bekas suaminya dalam keadaan berbogel pada awal pagi.

Wanita berusia 35 tahun itu menanggalkan pakaiannya dengan harapan ia akan memuatkannya untuk memasuki serombong berukuran 30.5 x 30.5 sentimeter itu.

Bagaimanapun, selepas turun separuh jalan, dia tersekat dan terpaksa meminta bantuan pada jam 5 pagi.

Gambar yang dirakam anggota bomba menunjukkan kaki wanita itu yang kotor terjulur dalam serombong berkenaan sebelum dia diselamatkan.

Di rumah itu, Tony Hernandez, bapa tiga anak wanita berkenaan berkata, bekas isterinya cuba memasuki rumahnya itu sejurus sebelum 5 pagi tetapi mendapati pintu berkunci. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan