Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,176

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BNM Nafi Wang Kertas Baharu Akan Dikeluarkan Pada 2017

7:57pm 19/12/2016 Pak Roshan 177 views Isu Semasa,Mutakhir

duit

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menafikan dakwaan bahawa wang kertas baharu RM1, RM5, RM50 dan RM100 akan dikeluarkan pada 2017.

“Bank Negara Malaysia mengesahkan bahawa berita ini tidak benar.

“Siri wang kertas sedia ada sah dan terus berada dalam edaran,” kata BNM dalam laman sesawang rasminya.

BNM mengulas rantaian mesej yang tersebar menerusi WhatsApp, yang menyebut wang kertas baharu akan mula diedarkan pada Januari dan mata wang lama tidak lagi mempunyai sebarang nilai. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan