Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BNM LELONG WANG KERTAS BERNOMBOR SIRI ISTIMEWA

wang kertas lelong

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan jualan lelong wang

kertas Malaysia bernombor siri istimewa buat julung kali pada 27 September ini kepada

orang ramai di Auditorium Sasana Kijang, BNM.

BNM dalam kenyataannya hari ini berkata, jualan lelong itu akan dikendalikan MNP

Auctioneers (Central) Sdn Bhd (MNP), iaitu jurulelong yang dilantik oleh bank pusat itu.

Jualan lelong itu bertujuan memberi peluang sama rata kepada orang ramai untuk

memperoleh wang kertas bernombor siri istimewa yang menjadi rebutan, contohnya

CC8888888 atau AY1234567.

Wang kertas bernombor siri istimewa mempunyai nilai premium dalam pasaran

pengumpul wang kertas.

Jualan lelong itu juga adalah antara inisiatif BNM untuk menyuburkan minat dan

pemahaman yang lebih baik mengenai bidang numismatik dalam kalangan orang ramai.

Hasil daripada jualan lelong itu akan digunakan untuk menyokong program

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BNM termasuk menyediakan peralatan secara

percuma bagi membantu golongan kurang upaya penglihatan dan peruncit kecil

mengenal pasti dan mengesahkan ketulenan wang kertas.

Hasil jualan juga akan digunakan untuk program jangkauan bagi mendidik orang ramai

teknik pengesahan wang kertas dan duit syiling selain cara yang betul mengendalikan

wang kertas polimer.

Komen


Berita Berkaitan