Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BN yakin akan pertahankan Beaufort dan rampas kembali Klias

BEAUFORT: Barisan Nasional (BN) Beaufort yakin akan terus mempertahankan daerah itu sebagai kubu kuat BN dan akan merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Calon BN DUN Klias Datuk Isnin Aliasnih berkata, dengan kerjasama kuat antara komponen parti dalam BN dan dengan sokongan rakyat, beliau yakin Beaufort akan terus menjadi milik BN.

“Hasil kerja keras kita yang sentiasa bekerja sejak dahulu, ketika ini kita telah berada di landasan yang tepat dan kukuh untuk terus mempertahankan Beaufort sebagai kubu kuat BN,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan kempen, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menyambut baik kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di daerah itu pada hari ini yang seterusnya membawa mesej betapa ‘sayangnya’ pemimpin nombor satu negara itu terhadap Sabah.

Beliau juga menyifatkan, Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang mencatatkan prestasi ‘paling kerap’ membuat lawatan ke Sabah berbanding perdana menteri sebelum ini./SayangSabah

Calon BN DUN Klias Datuk Isnin Aliasnih. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan