Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BN, UMNO perlu atasi isu `trust defisit’ orang muda: Khairy

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin semasa sidang media  di majlis berbuka puasa anjuran Pemuda UMNO Sabah  di Kota Kinabalu. - Foto Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin semasa sidang media di majlis berbuka puasa anjuran Pemuda UMNO Sabah di Kota Kinabalu. – Foto Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak mempunyaipilihan lain kecuali berusaha menggembalikan kepercayaan orang muda terhadap kepimpinan parti.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bahawa, antara masalah paling mencabar yang dihadapi oleh BN dan UMNO ketika ini ialah `trust defisit’ dalam kalangan belia.

“Kita tidak mengaku kalah, cuma kita kena mengakui bahawa kita sekarang ini kita berada dalam keadaan mencabar dan saya istilahkan ini kalau dalam perlawanan bola sepak, kita sedikit ketinggalan pada separuh masa.

“Antara masalahnya ialah `trust defisit’ ini yang mana senang kata rakyat kurang percaya pada BN dan UMNO terutama dalam kalangan orang muda. Untuk mengatasinya, kita perlulah menunjukkan kebenaran dalam beberapa isu yang sekarang ini hangat dibahas di peringkat rakyat jelata terutama isu 1MDB dan akaun PM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Pemuda UMNO Sabah di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO negeri, Hafez Yamani Musa.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan menambah, siasatan telus oleh semua agensi dalam isu berkenaan boleh membantu menggembalikan kepercayaan tersebut, sekaligus membuktikan tiada siapa mengatasi undang-undang.

Menurut beliau, sekiranya kerajaan dapat menunjukkan kepada rakyat bahawa bahawa siasatan dapat dijalankan secara telus dan menyeluruh meskipun melibatkan akaun Perdana Menteri, ia akan membantu menggembalikan keyakinan rakyat. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan