Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BN Terus Berjuang Berlandaskan Kepentingan Rakyat Sabah – Setiausaha BN Sabah

6:11pm 23/09/2016 Pak Roshan 163 views Mutakhir,Politik

abndul_rahman_dahlan2_0305_2_620_412_100

KOTA KINABALU : Barisan Nasional (BN) Sabah akan terus berjuang berlandaskan kepentingan rakyat dan negeri itu, kata Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Sehubungan itu, beliau yakin rakyat Sabah akan menolak mana-mana parti yang muncul secara bermusim, lebih-lebih lagi jika parti berkenaan diwujudkan atas kepentingan peribadi.

“BN Sabah pada masa yang sama akan sentiasa memantau sama ada dasar dan kenyataan daripada mereka (pemimpin parti baharu) bercanggah dengan apa yang dilaung-laungkan semasa mereka berada dalam BN,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengulas langkah bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menerajui sebuah parti politik tempatan Sabah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.

Katanya rakyat Sabah sudah tentu berhak mempersoalkan integriti, konsistensi dan prinsip mereka yang sentiasa berubah-ubah sekiranya kenyataan mereka kelak bercanggah dengan kenyataan-kenyataan mereka semasa berada dalam BN.

“Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya,” tegasnya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan