Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BN sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat

SANDAKAN: Wakil Rakyat kawasan Sekong, Datuk Samsudin Yahya mengajak pemimpin masyarakat dan rakyat dalam Parlimen Batu Sapi supaya melupakan perkara tidak baik yang merugikan, sebaliknya memikirkan perkara yang baik terutamanya dalam menjayakan program transformasi dan perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rakyat, negeri dan negara.

 

Dalam hal ini, katanya pemimpin masyarakat seharusnya bersikap jujur dan ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat menerusi parti Barisan Nasional.

 

“Kita mestilah setia (kepada BN), kita jangan berbelah bahagi dan jangan kita tidak ikhlas. Dalam apa sahaja perjuangan, kita mesti mahu ikhlas.

 

“Kita dalam BN mendukung prinsip BN, kita sokong parti ini… jangan kata sokong BN tapi cakap lain. Cakap tidak serupa bikin… ini jadi masalah,” katanya

 

Beliau berkata demikian semasa Program Sentuhan Kasih Penyampaian Sumbangan Bantuan di Dewan Serbaguna Kg. Istimewa, N.43 Sekong, semalam.

 

Jelasnya, BN tidak menyalahkan keputusan rakyat apabila pembangkang menang di beberapa kawasan sebaliknya BN terus mengekalkan konsep mesra rakyat.

 

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana rasanya rakyat ditadbir pembangkang. Pemimpin yang mereka pilih hanya muncul apabila pilihan raya,” katanya.

 

“Kerajaan BN sentiasa hadir sama ada sebelum pilihan raya, ketika pilihan raya atau sesudah pilihan raya dan itulah perbezaan ketara,” ujarnya.

 

Beliau juga menyifatkan sokongan padu masyarakat luar bandar pada setiap kali pilihan raya lalu membuktikan rakyat tetap setia kepada kerajaan BN.

 

“Beri mandat kepada kerajaan BN untuk terus memimpin dan mentadbir dengan penuh komitmen, dedikasi dan bertanggungjawab. Rakyat pula harus setia bersama BN bagi menjamin pembangunan berterusan.”

 

“Setiap kali berjumpa dengan pemimpin-pemimpin BN kalau mereka ada masalah, kita akan bincang bersama dan nampaknya kita boleh selesaikan… yang tidak dapat diselesaikan kita akan rujuk ke atas,” katanya.

 

Beliau percaya Perdana Menteri selaku pengerusi BN sentiasa peka dan prihatin terhadap kepentingan rakyat.  Begitu juga dengan Pengerusi Bn Sabah, Tan Sri Musa Aman sentiasa prihatin setiap permasalah bukan sahaja di bandar tetapi juga pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman.

 

“Saya juga minta kepada semua pemimpin masyarakat di kawasan ini, bahawa kita harus bersatu hati, bekerjasama dan mestilah saling bantu membantu antara satu sama lain. Jangan ada perkara yang tidak baik yang boleh merugikan kita, merugikan parti, rakyat dan negeri,” katanya.

 

Terdahalu beliau turut menziarahi warga emas yang uzur di Kampung Istimewa, Batu Sapi, Sandakan.

 

Beliau telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan dapur, di Kampung Istimewa, Batu Sapi. Seramai 62 Warga Emas dan penduduk Kampung Istimewa yang telah disenaraikan menerima sumbangan bantuan berupa keperluan dapur.

 

Hadir sama Ketua Puteri UMNO Batu Sapi, Hazulizah Mohd Dani, pemimpin masyarakat dan kakitangan Unity PPM N. 43 Sekong./SayangSabah

Doa seorang penduduk kampung agar Samsudin kekal sebagai calon BN pada PRU ke 14 akan datang.

Komen


Berita Berkaitan