Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BN sentiasa kukuh- PM

6:42pm 12/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 74 views Berita Pilihan,Nasional,Politik,Tempatan
NAJIB, Musa dan Teo merakamkan gambar kenangan bersama para pemimpin serta perwakilan LDP di Perhimpunan Agung LDP Kali Ke-27, dekat sini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

NAJIB, Musa dan Teo merakamkan gambar kenangan bersama para pemimpin serta perwakilan LDP di Perhimpunan Agung LDP Kali Ke-27, dekat sini, hari ini.

KOTA KINABALU- Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah parti yang sentiasa kukuh walaupun seringkali menghadapi cabaran, kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Najib yang merupakan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional Malaysia berkata sesebuah negara tidak akan maju sekiranya politik di negara tersebut tidak stabil.

” Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, kita perlu fokus untuk membawa perubahan kepada kehidupan rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan
Perhimpunan Agung Parti Liberal Demokratik Kali ke-27, disini, hari ini.

Dalam masa sama, BN turut komited dalam menjadikan konsep perkongsian kuasa (Power Sharing) sebagai hala tuju dalam parti berkenaan.

” Kita akan menjadi sebuah parti yang mengamalkan konsep kesederhanaan. Ia sebagai satu fundamental kepada parti ini agar tidak terlalu ekstreme dan tidak terlalu liberal dalam mentadbir negara ini,.

” Disebalik perbezaan yang wujud, kita perlu sentiasa bersatu padu… agar Malaysia menjadi negara yang sentiasa aman damai dan bersatu,” katanya.

Najib turut menyeru kepada semua parti komponen BN agar sentiasa bersatu, kukuh dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

” Dalam BN, kita adalah satu keluarga.. Segala masalah perlu dibincangkan terlebih dahulu dan sekaligus bersama-sama mara ke hadapan,” jelasnya.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Teo Chee Kang. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

NAJIB ketika berucap sempena Perhimpunan Agung LDP Kali Ke-27, dekat sini, hari ini

NAJIB ketika berucap sempena Perhimpunan Agung LDP Kali Ke-27, dekat sini, hari ini

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan