Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BN Semporna tidak tergugat dengan mainan politik ‘Dendam Kesumat’ pembangkang

Ramlee (kiri), Musa (dua dari kiri) menyaksikan gimik perasmian Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna yang dilancarkan oleh Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak (tengah) sempena majlis berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

SEMPORNA: Barisan Nasional (BN) di Daerah Semporna tidak tergugat dengan mainan politik pihak pembangkang yang cuba mengukuhkan pengaruh atas dasar politik dendam kesumat.

Senario itu dibuktikan dengan kehadiran hampir 20,000 rakyat Semporna yang terus berdiri kukuh bersama BN di Majlis Pelancaran Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna, Penyerahan Geran Tanah Native Title (NT) Geran Tanah PANTAS dan Pengisytiharan Status Pejabat Daerah Kecil Bum Bum di Dataran Regatta Lepa, di sini, hari ini, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Datuk Ramlee Marahaban yang juga mantan ADUN Bugaya berkata, rakyat Semporna terus berdiri kukuh bersama BN dan tidak terpengaruh dengan politik dendam kesumat dan hanya mengejar jawatan sebagai Ketua Menteri oleh Parti Warisan Sabah yang diterajui oleh mantan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Shafie Apdal.

“Apa lagi yang dia (Shafie) mahu ubah? Di Semporna selama 22 tahun beliau menjadi wakil rakyat tidak menerima perubahan, kalau ada pun tetapi tidak ketentuan dan tidak seperti yang diharapkan oleh orang Semporna.”

“Yang hilang biarlah hilang kerana yang hilang itu tetap ada penggantinya dan yang paling penting rakyat Semporna terus berdiri kukuh bersama BN,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna, Penyerahan Geran Tanah Native Title (NT) Geran Tanah PANTAS dan Pengisytiharan Status Pejabat Daerah Kecil Bum Bum di Dataran Regatta Lepa, di sini, hari ini.

Ramlee turut mempersoalkan kewibawaan Warisan dalam membela nasib rakyat dan kebolehan dalam menerajui pentadbiran negeri serta membangunkan Sabah berikutan prestasi Shafie sewaktu memegang jawatan KKLW tidak menunjukkan prestasi cemerlang.

“Apa hebatnya Parti Warisan? Mereka hanya tahu menabur air liur sahaja.”

“Kita juga harus berhati-hati dengan Warisan kerana jika mereka memerintah Geran Komunal yang telah memberikan manfaat kepada ribuan rakyat Sabah akan mereka tamatkan dan akan rampas tanah itu,”katanya.

Yang turut hadir Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, barisan pemimpin negeri Sabah, dan hampir 20,000 orang ramai yang turut membanjiri Dataran Regatta Lepa./Sayang Sabah

Antara orang ramai yang terus berdiri kukuh bersama BN yang hadir dalam majlis berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan