Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BN semakin kuat: Musa

UNTUK RAKYAT… Musa (berdiri 10 dari kanan) bersama Maximus (berdiri 11 kanan), Anita (berdiri sembilan dari kanan), Julita (berdiri lapan dari kanan) bergambar berkumpulan bersama penyokong BN dan juga penerima geran NT dan komunal.

 

OLEH ERIC BAGANG

KOTA MARUDU: Barisan Nasional (BN) semakin bertambah kuat dari hari ke hari berikutan semakin ramai pemimpin dan ahli dari parti pembangkang menyertai parti itu.

Malah mereka berikrar untuk berkhidmat melalui BN- yang mempunyai komponen terbesar dan dikenali.

Bercakap dalam perjumpaan bersama rakyat di Dewan Masyarakat di sini, Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata para pemimpin dan anggota yang meninggalkan parti mereka menyedari hanya BN sahaja yang mampu menunaikan dan memenuhi keperluan rakyat di Sabah yang terdiri dari pelbagai latar belakang.

Musa yang juga Pengerusi BN dan Umno Sabah berkata:”para pemimpin BN terus bekerja keras tanpa mengira penat lelah dan bermusim tidak seperti pemimpin parti-parti pembangkang yang hanya muncul semasa pilihan raya.”

Beliau mengingatkan calon-calon BN agar terus turun ke akar umbi untuk bertemu dengan rakyat selepas mereka dipilih pada 9 Mei.

“Ia adalah tanggungjawab dan bukan keistimewaan sebagai ‘ Yang Berhormat’. Jadi jangan tunggu, teruskan perkhidmatan apabila rakyat memberikan mandat,” kata Ketua Menteri.

Beliau juga meminta rakyat untuk mengunid dengan bijak dan memilih pati yang dapat menjaga kebajikan dan keneptingan mereka, dapat membawa pembangunan serta meningkatkan taraf hidup mereka.

Dalam perjumpaan kelmarin, musa menyampaikan geran komunal kepada penduduk Kampung Binontngan Suyad (2,141 ekar), Kg Sonsogan Magandai (1,525.1 ekar), Kg Sonsongan Suyad (1,539.93 ekar), Kg Lingabungan (879.92 ekar) dan Kampung Sonsogon Palu (653.08 ekar) serta geran NT membabitkan 1,076.336 ekar kepada para penduduk di Marak Parak,Tangkol dan Sorinsim.

Turut hadir Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga calon penyandang Parlimen Kota Marudu dan dua calon DUN BN iaitu Datuk anita Baranting (Tandek) dan Julita Majungkil (Matunggong). – NewSabahTimes

Komen


Berita Berkaitan