Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BN Sabah sokong kepimpinan Najib: Musa

Datuk Seri Musa Aman. - foto Ille Tugimin
Datuk Seri Musa Aman. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Barisan Nasional (BN) Sabah  menyatakan pendirian kukuh akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menerajui pentadbiran negara.

Pendirian itu dinyatakan oleh Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang menzahirkan sokongan padu BN negeri itu terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN Pusat.

“Sokongan BN Sabah kukuh bersama Datuk Seri Najib Tun Razak. Selama ini beliau begitu baik dan sentiasa membantu serta prihatin dengan rakyat Sabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ulangtahun Ke-60 Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) di Bangunan SCC, Penampang, di sini hari ini.

Semalam, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Najib yang berdepan kritikan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed.

Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahris Samad menjelaskan, Ahli-ahli Parlimen BN akan terus berdiri teguh bersama kepimpinan Najib. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan