Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BN Labuan yakin dapat tawan semula PDM Kerupang

LABUAN – Parti Barisan Nasional (BN) Labuan yakin dapat menawan semula peti undi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kerupang pada PRU 14 kali ini.

Menurut Pengerusi BN Labuan, Datuk Rozman Isli, walaupun pada PRU-13 yang lalu, BN tewas tipis di PDM Kerupang, namun beliau percaya dengan semangat jitu jentera BN pada kali ini, tidak mustahil PDM Kerupang akan dapat dimenangi BN pada PRU kali ini.

Rozman yang merupakan bakal calon BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Labuan berkata demikian pada Program Abang Man Bersama PDM Kerupang, di sini kelmarin.

Rozman optimis banyak lagi pembangunan akan dibawa ke Parlimen Labuan sekiranya masyarakat Labuan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk terus memacu negara ini dan juga Labuan pada masa hadapan.

“Saya berharap agar warga Labuan akan keluar beramai-ramai mengundi pada PRU kali ini seterusnya memberi majoriti yang lebih besar BN bagi kerusi Parlimen Labuan kali ini.” Ujar Rozman yang juga merangkap Ketua Bahagian UMNO Labuan.

Bagi Ketua PDM Kerupang, Sukimin Wakimin berharap agar pengundi PDM Kerupang memberi sokongan padu kepada Rozman yang dipanggil mesra sebagai Abang Man sebagai bakal calon BN bagi Parlimen Labuan pada PRU kali ini.

“ Jelas sekali Abang Man telah melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Labuan dengan baik dimana beliau berjiwa rakyat yang kerap turun padang untuk meninjau permasalahan warga Labuan tanpa mengira bangsa dan agama,” ujar Sukimin.

Justeru Rozman merupakan calon terbaik BN untuk terus membawa pembangunan ke Parlimen Labuan sebagai wakil rakyat yang dipilih bagi memastikan kesinambungan kemajuan Labuan terus dipacu, ujar Sukimin lagi.

Turut hadir pada program tersebut, Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Labuan, Datuk Peter Mak; Ketua UPKO Labuan, Datuk Ronald James; Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Labuan, Datuk Hajah Aini Haji Safar; Naib Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Khalid Ghani serta para pemimpin kanan komponen parti BN Labuan.-Penerangan Labuan

Rozman dan ketua parti komponen BN merakamkan foto kenangan.

Komen


Berita Berkaitan