Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BN Labuan sasar peningkatan 20 peratus kemenangan majoriti

LABUAN: Parti Barisan Nasional (BN) Labuan mensasarkan peningkatan majoriti kemenangan kali ini pada Pilihanraya Umum ke-14 sebanyak 20 peratus iaitu kira-kira 8 ribu majoriti berbanding PRU-13 yang lalu yang mencatatkan majoriti 6,629 pengundi.

“ Usaha ini akan tercapai sekiranya kesiapsiagaan jentera pilihanraya parti BN Labuan berada pada tahap yang utuh dan bersatu padu demi meningkatkan majoriti kemenangan kali ini,”.

Kata Ahli Parlimen Labuan yang merangkap Pengerusi BN Labuan, Datuk Rozman Isli kepada pemberita selepas merasmikan Simulasi “Dry Run” PRU 14 Parlimen P.166 Labuan, di Dewan Foo Chow, di sini, pagi tadi.

Menurut Rozman, beliau optimis tahap kesiapsiagaan jentera BN Labuan berada pada landasan yang terbaik dan telah bersiap sedia sepenuhnya bagi memastikan kemenangan BN kali ini mencapai majoriti yang lebih besar.

“Kita akan memastikan jentera kita akan bekerja bersungguh-sungguh khususnya memastikan para pengundi Barisan Nasional di Parlimen Labuan ini akan keluar mengundi pada PRU kali ini demi memastikan sokongan majoriti kepada BN meningkat berbanding PRU yang lalu,” menurutnya lagi.

Pada PRU-13 yang lalu, calon BN Datuk Rozman Isli menang dalam saingan tiga penjuru dengan mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Pada simulasi “Dry Run” tersebut, seramai 500 orang yang terdiri daripada wakil-wakil dari 17 pusat daerah mengundi (PDM) di Labuan serta barisan jentera PRU-14 BN Labuan diberikan taklimat serta mengaplikasikan tatacara cara membuang undi semasa PRU-14 nanti.

Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Bashir Alias serta ketua-ketua parti komponen BN Labuan.-Penerangan Labuan

Rozman (tiga dari kiri) menyampaikan bendera BN kepada Ketua Cawangan UMNO Sungai Bangat, Datuk Yunus Kurus sambil diperhatikan Bashir (kanan sekali).

Komen


Berita Berkaitan