Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BN komited hapuskan jurang pembangunan Sabah, Sarawak dan Semenanjung

Sandakan : Parti Barisan Nasional (BN) komited menghapuskan jurang pembangunan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Bahagia Batu Sapi berkata usaha itu sejajar dengan aspirasi yang terkandung dalam manifesto parti berkenaan.

Malah, jelas beliau, berdasarkan penilaian yang telah dijalankan, BN kini telah mencapai 97.4 peratus pelaksanaan daripada manifestonya.

Katanya, pencapaian itu membuktikan parti BN mampu memberi kesejahteraan hidup kepada rakyat berlandaskan agenda pembangunan yang realistik serta mempunyai trek rekod yang terbaik dalam mentadbir urus negeri dan negara.

Di Sabah, selain berjaya membawa pembangunan mega seperti Projek Lebuh Raya Pan Borneo, BN juga telah memberi peruntukan besar dalam sektor pendidikan iaitu RM1bilion untuk membaik pulih sekolah-sekolah daif.

Pada majlis itu beliau turut menyatakan komitmennya untuk meluluskan lebih banyak pembinan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan tersebut sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), pada 9 Mei ini.

Sambil mengingatkan rakyat untuk memilih calon dengan sebaiknya, Najib mencabar para calon serta penyokong BN dengan menetapkan sasaran 3-0 di Parlimen Batu Sapi.

Hadir sama, Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, calon BN Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin, calon BN DUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan calon BN DUN Karamunting, Lim Kai Ming./Penerangan-

Najib (tengah) ketika melangkah menuju ke pentas utama sambil disambut oleh hadirin yang hadir dalam majlis berkenaan. -PENERANGAN

Komen


Berita Berkaitan