Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BN komited bangunkan PKS di Sabah

12:52pm 08/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 45 views Laporan Sidang DUN,Perniagaan,Tempatan,YB Datuk Raymond Tan Shu Kiah

KOTA KINABALU- Kerajaan Barisan Nasional terus komited membangunkan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) khususnya di negeri ini, dan Malaysia, amnya, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah.
Raymond yang turut merupakan Menteri Pembangunan Perindustrian berkata kerajaan sentiasa mengambil tindakan-tindakan yang strategik dan memperkenalkan beberapa inisiatif untuk membangunkan PKS di neagara ini.
“Pada tahun 2015, kerajaan telah melaksanakan 139 program yang bernilai RM4.8 bilion. Pada tahun ini, Kerajaan Persekutuan telah dan sedang melaksanakan sebanyak 153 program yang bernilai RM 7 bilion untuk membangunkan PKS negara ini,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Hong Yan (DAP-Likas) mengenai situasi semasa negeri dalam memperbanyakkan PKS untuk meningkatkan kadar pertumbuhan dan Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, disini, hari ini.
Tambahnya, kerajaan turut memberikan penumpuan kepada usaha meningkatkan pendaftaran pengusaha-pengusaha PKS dengan memudahkan sistem dan proses pendaftaran perniagaan di seluruh negara termasuk Sabah.
“Mengikut bancian yang dilakukan oleh Jabatan Statistik Malaysia pada tahun 2010, didapati sebanyak 40,884 PKS di Sabah dan jumlah ini adalah yang keenam terbesar di Malaysia iaitu 6.3 peratus dafi jumlah PKS di Malaysia,”katanya.
Selain itu, katanya, pelbagai kementerian dan agensi juga telah menjalankan beberapa program yang mengenalpasti keperluan pembangunan usahawan PKS.
“Pihak kementerian saya dan beberapa agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti untuk membangunkan dan meningkatkan jumlah pengusaha PKS, dengan melibatkan lebih 800 usahawan setahunyang berupaya mengeluarkan produk dan barangan dan sebanyak 40 usahawan telah berjaya mengeksport produk mereka ke luar negara secara aktif,” ujarnya.
Dalam masa sama, Raymond turut menyeru kepada pegusaha PKS agar sentiasa cekal dan berusaha untuk meningkatkan pengeluaran dan produktiviti mereka sekaligus menyumbangkan kepada KDNK per kapita secara positif.
“Tidak ada cara dan kaedah melainkan meningkatkan hasil mereka dan pertumbuhan mereka hendaklah melebihi dari kadar pertambahan penduduk.
“Jika kadar pertumbuhan KDNK tidak meningkat sedangkan jumlah penduduk kita besar, maka ini sudah pasti boleh menyebabkan negeri kita akan ketinggalan dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan