Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BN: Jangan anggap perbalahan DAP dan Pas sebagai remeh – Yahya

Yahya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk pada program Transformasi Kampung di Ulu Seberang, Putatan.
Yahya menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk pada program Transformasi Kampung di Ulu Seberang, Putatan.

KOTA KINABALU – Parti komponen Barisan Nasional (BN) khususnya Umno diingatkan supaya tidak menganggap perbalahan antara DAP dan Pas berkaitan isu Hudud sebagai remeh dan berharap parti pembangkang itu akan berpecah belah.

Sebaliknya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin berkata BN perlu mengambil peluang terhadap perbalahan dalam parti Pakatan Rakyat (PR) itu untuk memperkukuhkan lagi perpaduan di kalangan parti komponen kerajaan BN.

“Isu berkaitan Hudud telah diwar-warkan oleh DAP terhadap Pas sejak dahulu lagi, tetapi bila tiba pilihanraya mereka masih juga bergabung,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis Transformasi Kampung di Ulu Seberang, Putatan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan amaran DAP yang mendesak Pas meninggalkan PR sekiranya masih enggan membatalkan hasrat menubuhkan undang-undang Hudud yang berlandaskan Islam.

Yahya juga mempersoalkan hasrat PR untuk menerajui kerajaan pusat, sedangkan hala tuju parti pembangkang itu berbeza di antara satu sama lain.

“Macam mana mahu jadi sebuah kerajaan yang baik untuk rakyat jika mereka tidak sehaluan. Pas dengan hukum Hudud sementara DAP dan PKR pula mempunyai agenda tersendiri,” katanya lagi.

Menurutnya, berbeza dengan BN, setiap parti komponen akan berbincang dan sepakat dalam menyelesaikan sesuatu perkara sama ada berkaitan parti mahupun kerajaan.

Justeru itu, beliau yang juga Ketua Bahagian Umno Putatan menyeru rakyat agar melihat isu tersebut sebagai peluang untuk mereka memilih pemimpin yang baik demi pembangunan di kawasan masing-masing.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan