Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BN dapat majoriti mudah bagi penggal ke-11

9:48pm 07/05/2016 Pak Roshan 355 views Mutakhir,Politik

Adenan-Satem_sarawak_bn_600_1

KUCHING: Barisan Nasional (BN) meraih majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri Sarawak buat penggal ke-11 berturut-turut setelah memperoleh 42 kerusi pada pukul 8.40 malam pada Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) ke-11 hari ini.

Setakat ini, pembangkang memperoleh enam kerusi iaitu DAP empat dan dua oleh PKR.

Antara meraih kemenangan awal ialah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Adenan yang berjaya mempertahankan kerusi Tanjung Datu dengan 6,360 undi.

Adenan mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan dengan majoriti 5,892 undi. Jazolkipli hilang deposit setelah meraih 468 undi.

Presiden Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Jemut Masing mengekalkan kerusi Baleh dengan mengalahkan calon DAP, Agop Linson dengan majoriti 4,793 undi.

Pada hari penamaan calon, 25 April lepas, BN menang dua kerusi – Bukit Sari dan Bukit Kota – tanpa bertanding.

Pada 2011, BN menang 55 daripada 71 kerusi, DAP (15), PKR (3) dan satu oleh calon Bebas. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan