Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BN akan terus memerintah berdasarkan keikhlasan terhadap rakyat: Armani

7:37pm 12/06/2014 Pak Roshan 9 views Politik

tatapbn

SANDAKAN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu terus memerintah memandangkan keikhlasannya terbukti menerusi segala usaha dan inisiatif yang diperkenalkannya telah membolehkan setiap apa jua kehendak akar umbi terbela.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Haji Mahiruddin, berkata pendekatan murni terutamanya daripada pihak kepimpinan parti jelas menunjukkan sikap prihatin dalam membantu rakyat tanpa mengira latar belakang mahu pun fahaman masing-masing.

Beliau mengambil contoh program membara rakyat prihatin adalah merupakan inisiaitif yang dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan mereka yang memerlukan bantuan dapat diberikan perhatian sewajarnya.

Tambahnya, sejak program ini diperkenalkan telah memberikan banyak manfaat terutama apabila golongan kurang kemampuan seperti warga emas; Orang Kurang Upaya (OKU) dan masyarakat daif mendapat pembelaan.

“Sekali pun kawasan terperosok jauh tidak masalah kepada pihak kerajaan kerana yang penting usaha meringankan beban rakyat terlaksana.

“Ini kerana, matlamat kita terutama dalam Umno ini adalah bagi memastikan mereka yang memerlukan bantuan dapat diberikan bantuan sebaik-baiknya apatah lagi membabitkan individu yang terlantar sakit.

“Inilah harapan kita agar rakyat yang memberikan mandat kepada kerajaan BN mendapat pembelaan yang sepatutnya. Walau bantuan seadanya tetapi yang penting sumbangan seumpamanya dapat membantu meringankan bebanan keperluan harian,” jelasnya.

Armani berkata demikian ketika ditemui pada satu program membara prihatin rakyat di Parlimen Libaran, di sini, kelmarin.

Beliau yang juga merupakan Ketua Wanita Umno Libaran diiringi bersama-sama ahli jawatankuasa Wanita Bahagian bagi menghulurkan sumbangan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan termasuk mereka yang serba kekurangan.

Mengulas lanjut, katanya, program membara akan diteruskan dari semasa ke semasa serta tidak terhenti begitu sahaja.

Ujarnya, matlamat parti adalah bagi memastikan pembelaan rakyat terus terlaksana mengambil kira kos sara hidup yang semakin tidak menentu pada hari ini.

“Kita mahu pastikan apa jua permasalahan rakyat terutama melibatkan mereka yang susah dan serba kekurangan dapat diberikan perhatian segera.

“Inilah sasaran kita. Oleh itu, pentingnya kerajaan hari ini terus diberikan sokongan yang padu bagi membolehkannya membantu dan memastikan pembelaan semua kaum,” tegasnya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan