Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

BN akan sentiasa tingkatkan kekuatan parti-Yahya

4:31pm 26/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 15 views Tempatan
Yahya (tengah, barisan hadapan) merakamkan gambar kenangan bersama para pemimpin masyarakat serta para pegawai sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Daerah Putatan, Majlis Daerah Putatan, JHEAINS dan Mahkamah Anak Negeri Daerah Putatan, disini, hari ini.

Yahya (tengah, barisan hadapan) merakamkan gambar kenangan bersama para pemimpin masyarakat serta para pegawai sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Daerah Putatan, Majlis Daerah Putatan, JHEAINS dan Mahkamah Anak Negeri Daerah Putatan, disini, hari ini.

PUTATAN- Barisan Nasional (BN) akan sentiasa mempertingkatkan kekuatan parti demi mencapai misi penubuhan parti tersebut, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin.

Katanya, BN mempunyai misi cukup jelas iaitu untuk berkhidmat kepaada rakyat serta memajukan negara dan mempertahankan kedaulatan negara.

“Kita tidak mempunyai masalah dengan para pembangkang yang ingin menubuhkan parti baharu kerana BN mempunyai misi yang sangat jelas.

“Penubuhan parti baru oleh bekas pemimpin-pemimpin BN/UMNO merupakan perkara yang normal unruk negara yang mengamalkan sistem perlembangaan demokrasi ini,”katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Daerah Putatan, Majlis Daerah Putatan, JHEAINS dan Mahkamah Anak Negeri Daerah Putatan, disini, hari ini.

Selain itu, katanya, BN kekal yakin bahawa parti itu masih kuat dan utuh untuk mentadbir negara secara terus menerus serta menyumbang tenaga untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Selama BN/UMNO mentadbir negeri ini, kita mengalami banyak kemajauan dari segi penaiktarafan jalan raya, pembangunan dan sebagainya walaupun ekonomi dunia yang kurang memberansangkan,”katanya.

Walaubagaimanapun, katanya, Parti BN akan sentiasa berwaspada dan berusaha mempertingkatkan serta memperkukuhkan kekuatan parti itu untuk menghadapi cabaran politik masa akan datang.

Dalam masa sama, katanya, majlis rumah terbuka yang dihadiri lebih kurang 200 orang termasuk pemimpin tempatan dan masyarakat setempat dapat memperkukuhkan tali persaudaraan sesama mereka. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan