Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

BN akan dekati belia Cina

beliacina

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) negeri akan mendekati belia Cina melalui pelbagai program yang akan dianjurkan bertujuan untuk memupuk ikatan dan perpaduan yang lebih kukuh.

Ketua BN Kota Kinabalu, Datuk Hj Faisyal Diego yang juga merupakan Ketua Umno Kota Kinabalu berkata program itu termasuk pertandingan “Bola Keranjang Street Figther” yang dianjurkan oleh pergerakan pemuda BN Kota Kinabalu dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Kota Kinabalu.

Ketika merasmikan pertandingan sulung itu sempena program Bulan Membara Sukan Rakyat di SMK Likas dekat sini pada Sabtu, beliau berkata acara itu berhasil menarik ramai penyertaan dari kalangan belia Cina.

Menurutnya mereka bukan sahaja mengambil bahagian dalam Sukan kegemaran mereka itu tetapi pada masa yang sama mereka berpeluang untuk mengenali BN dengan lebih dekat.

Komen


Berita Berkaitan