Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Blogger 16 tahun dipenjara empat minggu

YEE (kanan) ditemani ibunya Mary Toh meninggalkan mahkamah, semalam.
YEE (kanan) ditemani ibunya Mary Toh meninggalkan mahkamah, semalam.

Singapura: Seorang blogger berusia 16 tahun, Amos Yee dihukum penjara empat minggu oleh mahkamah semalam selepas didapati bersalah mencetuskan perasaan tidak puas hati penganut agama Kristian.

Remaja itu berada dalam tahanan selama 50 hari dan dibebaskan semalam kerana hukuman penjara dikuatkuasakan bermula dari tarikh dia ditahan.

Yee didapati bersalah pada 12 Mei lalu atas tuduhan membuat kenyataan yang menimbul perasaan tidak puas hati penganut agama Kristian apabila dia memuat naik video dan imej lucah di samping mencemuh agama itu.

Sejak ditahan Mac lalu, Yee beberapa kali melanggar syarat ikat jamin dan enggan bercakap dengan pegawai pemantau.

Yee ditahan di Institut Kesihatan Mental sejak dua minggu lalu untuk pemeriksaan dan menilai kesesuaiannya dikenakan hukuman.

Mengikut undang-undang Singapura, mereka yang didapati bersalah sengaja mengeluarkan kenyataan melukakan hati penganut agama boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sesiapa yang didapati bersalah menyebarkan imej lucah menerusi kelengkapan elektronik boleh dihukum penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Kelmarin, kira-kira 500 orang berhimpun di Taman Hong Lim bagi mendesak Yee dibebaskan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan