Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Black Widow Facebook

SOFIA menggunakan kecantikannya untuk menggoda lelaki di Facebook.
SOFIA menggunakan kecantikannya untuk menggoda lelaki di Facebook.

Beunos Aires: Seorang wanita digelar Black Widow Facebook selepas dia menggunakan kecantikannya untuk menggoda lelaki sebelum merompak mangsa.

Sofia Davila, 21, ditahan pihak berkuasa bandar ini selepas 15 lelaki membuat laporan polis mendakwa menjadi mangsa wanita terbabit.

Semua mangsa memberitahu mereka berkenalan dengan Sofia di Facebook dan wanita itu berpura-pura jatuh cinta dengan mereka.

Wanita itu menggunakan daya penariknya untuk menggoda lelaki dengan memuat naik beberapa gambarnya dalam keadaan mengghairahkan di Facebook.

Seorang mangsa, Diego Escalante, 39, berkata, dia berkenalan dengan Sofia selepas tertarik dengan kejelitaan wanita itu.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan