Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

`Black Eagle’ gagal seludup 390 liter petrol

 

390 liter minyak petrol yang diisi di dalam jerikin bejaya dirampas polis marin. - foto ihsan Polis Marin
390 liter minyak petrol yang diisi di dalam jerikin bejaya dirampas polis marin. – foto ihsan Polis Marin

SEMPORNA – Cubaan menyeludup keluar 390 minyak petrol oleh seorang lelaki asing berusia 28 tahun, berjaya dipatahkan polis marin di kawasan perairan Pulau Omadal di sini, kelmarin.

Komander Polis Marin Wilayah Sabah, Asisten Komisioner, Mohamad Madun berkata, sepasukan anggota yang menjalankan tugas Ops Khas pada jam 9.50 pagi telah menahan dan memeriksa sebuah bot pam tertera tulisan Black Eagle.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihaknya telah mendapati bot berkenaan membawa 13 jerikin berisi 30 liter minyak petrol setiap satu yang dipercayai cuba diseludup ke Sitangkai, Filipina.

“Kes tangkapan dilakukan kerana kesalahan di bawah Akta Kastam 1967 dan lelaki berkenaan ditahan bersama bot pamnya serta dua unit enjin bot,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata, pihaknya akan terus komited melakukan operasi dan pemantauan secara berterusan bagi membanteras sebarang kegiatan penyeludupan di perairan negara ini sambil menambah kerjasama orang awam sangat dalam menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah di kawasan perairan. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan